IQUALIF adalah perisian pengikis data yang digunakan untuk mengekstrak sejumlah besar data umum termasuk alamat, nombor telefon, dan maklumat e-mel daripada bantuan direktori/buku panduan telefon versi kuning atau putih. IQUALIF mempunyai versi perisian berasingan yang boleh dimuat turun yang membolehkan anda membuat pengikisan pada bantuan direktori/buku panduan telefon versi kuning dan putih secara berasingan. IQUALIF tersedia dalam 16 bahasa antarabangsa untuk pengguna perisian bagi memudahkan mereka melancarkan aplikasi ini dalam bahasa ibunda masing-masing.
IQUALIF bertujuan untuk membekalkan data perhubungan Individu atau Perniagaan yang tulen dan sah untuk penyelidikan, e-dagang, jualan dan lain-lain tujuan komersial. Ia adalah cara yang cekap dan berkesan untuk mengembangkan prospek perniagaan pada tahap B2B dan B2C.
Untuk muat turun versi percubaan percuma IQUALIF, klik pada https://www.iqualif.com/en/yellow-data-pages-extractor-white-extract-people-business-download-scrapper. Cari negara anda dan pilih versi IQUALIF (individu atau perniagaan). Klik pada butang Muat Turun
untuk mendapatkan fail yang boleh dilaksana.
Anda boleh muat turun versi berlesen secara terus dengan mengklik pada https://www.iqualif.com/en/buy. Pilih wilayah dan negara anda. Pilih versi yang anda sukai dan klik Muat Turun
.
Selepas anda telah memuat turun perisian tersebut melalui laman web, klik pemasang .exe
untuk menjalankan pemasangannya. Ikuti dan selesaikan langkah-langkah pemasangannya dan periksa komputer anda jika ikon IQUALIF sudah dibuat. Klik dua kali pada ikon untuk melancarkan aplikasi tersebut.
Jika anda suka, anda boleh menonton video pemasangan disini: https://www.youtube.com/watch?v=jDT745KFcBY
Klik dua kali pada fail .pkg
yang anda telah muat turun ke dalam sistem operasi Mac anda. Ikuti dan selesaikan pemasangan dan buka aplikasi Pencari (Finder). Kesan folder aplikasi tersebut dan seret IQUALIF anda ke folder aplikasi tersebut. Klik dua kali pada aplikasi tersebut untuk memulakan IQUALIF.
Nyahzip fail .zip
yang anda telah muat turun ke dalam Linux anda. Navigasi ke folder yang telah diekstrak. Pasang pakej tersebut melalui baris arahan
apt-get install ${packagename}
atau
unzip ${packagename}.zip sudo java -jar ${packagename}/l.jar
Lihat juga Penyelenggaraan
IQUALIF membenarkan anda mencari kontak melalui antara muka aplikasi utamanya. Anda boleh memilih sumber direktori daripada menu lungsur turun untuk mengumpulkan data individu atau perniagaan dan kemudian terapkan carian pilihan anda
Terdapat lima mod carian data pengekstrakan; Carian Senarai, Carian Separa-Auto, Carian Manual, Carian Pelayar, dan Carian dengan Fail yang Diimport
Mod carian senarai adalah berkesan untuk mengumpulkan bilangan kontak yang besar dengan klik yang minimum. Untuk memulakan carian dalam mod senarai
Ya
jika anda mahu tambahkan data ke dalam hasil carian sebelumnya atau klik Tidak
jika anda mahu simpan hasil carian yang baru dalam fail yang berasingan. Anda boleh menyemak kemajuan carian di panel bawah pada skrin.
Mod pelayar membantu carian kontak secara terus daripada laman web bantuan direktori/buku panduan telefon versi kuning atau putih.
Enter
Carian separa auto mencari data kontak hanya pada jalan yang spesifik sahaja. Untuk memulakan carian separa auto
Carian mod manual membenarkan kontak diakses dengan cara memasukkan kriteria dan lokasi yang anda inginkan secara manual
Untuk mencari pada direktori dengan fail yang diimport, anda perlu ada fail .csv dengan lajur nama yang diperlukan dalam format berikut
Tekan
CTRL+I
pada papan kekunci atau Pergi ke tab Fail
dan pilih Import Fail
daripada senarai untuk membuka skrin fail import
Klik pada butang
Pelayar
pada skrin import untuk memilih fail CSV daripada peranti tersebut. Pilih fail anda dan klik Buka
Utiliti import fail akan mempopulasikan lajur anda dalam grid seperti yang ditunjukkan di bawah
Padankan lajur fail dengan lajur jadual dan klik
Mula
. Jika import berjaya, mesej pop-up akan muncul “Import selesai”
Klik pada butang
daripada menu teratas. Satu mesej pop-up akan muncul bertanyakan jika anda mahu memulakan carian baru
Klik pada pilihan
Carian baru daripada fail
. Aplikasi tersebut akan memulakan carian dengan lajur yang telah diimport. Tunggu sehingga carian telah 100% selesai dan eksport data anda dalam format yang anda inginkan
Skrin lesen membekalkan butiran tentang status pengaktifan semasa bagi produk anda.
Untuk membukanya, di bahagian atas skrin, klik pada menu ?>Lesen
. Klik pada butang beli untuk mengakses satu borang dalam talian yang akan membenarkan anda memilih ciri-ciri produk dan masukkan maklumat bil yang diperlukan.
Ini adalah video yang menerangkan cara untuk menyemak versi perisian yang mana yang anda sedang gunakan: https://www.youtube.com/watch?v=gAGNEdbKS5Y
Selepas pemasangan versi percubaan, pergi ke tab lesen di menu ? dan klik pada Aktifkan 3 hari Percubaan secara percuma. Klik OK
. Mesej pop-up akan muncul menyatakan “Produk telah diaktifkan”
Anda boleh dapatkan kunci pengaktifan lesen dengan cara membeli perisian tersebut daripada aplikasi atau lawati laman web https://www.IQUALIF.com/en. Klik pada butang untuk membeli produk tersebut terus daripada aplikasi.
Untuk mengaktifkan lesen, buka skrin lesen daripada menu ?
> Lesen
.
Pilih opsyen Aktifkan lesen
dan masukkan kunci lesen anda.
Untuk lebih pantas, kami nasihatkan supaya anda salin dan tampal lesen tersebut, salin lesen termasuk -
, klik petak pertama dan tampal dengan menekan CTRL+V
Klik OK
untuk menyelesaikan pengaktifan. Satu mesej pop-up akan muncul menyatakan pengaktifan telah berjaya
Anda boleh mendapatkan lesen IQUALIF dengan membeli perisian tersebut daripada laman web atau dengan mengklik pada daripada aplikasinya.
Pilih produk berkaitan dan tambah ke troli anda. Teruskan ke daftar keluar untuk memberikan maklumat umum dan butiran kad anda. Anda akan menerima kunci pengaktifan lesen anda melalui e-mel dalam masa satu jam selepas pesanan disahkan. Bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web, Kad Debit/Kredit, Bitcoin, dan PayPal. Untuk bayaran melalui Pindahan Bank, hubungi bahagian jualan kami melalui borang perhubungan dalam talian untuk mendapatkan butiran lanjut.
Ini adalah bar kemajuan yang menunjukkan status carian semasa
Untuk membukanya, pada bahagian atas skrin, klik pada menu Fail>Tetapan
Tetapan ini membenarkan anda untuk menterjemah IQUALIF ke dalam salah satu bahasa yang tersedia daripada kotak pilihan lungsur turun (dropdown). IQUALIF boleh diterjemah ke dalam 14 bahasa termasuk Perancis, Belanda, Sepanyol, Itali, Arab, Portugis, Turki, Hindi, Korea dan Jepun.
Tetapan ini membenarkan anda mendapatkan lebih maklumat, daripada halaman butiran syarikat yang dipilih. Apabila dimatikan, carian akan menjadi lebih pantas.
Tetapan ini 1) membenarkan pilihan jika anda mahu mencari alamat e-mel juga. Apabila dimatikan, caraian akan menjadi lebih pantas.
Tetapan ini akan memeriksa rekod yang berganda dengan nombor telefon yang sama dan memadam data ulangan daripada hasil yang dieksport.
Anda boleh menghidupkan fungsi Sembunyi
2) dengan menanda kotak pilihannya untuk mengecualikan rekod profesional daripada setiap carian. Tetapan ini akan diterapkan pada kedua-dua carian buku panduan telefon versi kuning dan putih.
Anda boleh menetapkan kekerapan bagi mengemaskini pangkalan data secara automatik dalam seksyen ini. Pilih 1 hari, 2 hari, 7 hari, atau 30 hari daripada senarai atau klik pada Periksa untuk Kemaskini
untuk mengemaskini pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.
Video ini akan menunjukkan kepada anda cara untuk mengemaskini perisian anda secara manual: https://www.youtube.com/watch?v=X1Vlcpm2RYE&t=10s
Anda boleh mengeksport data carian anda ke sebuah pelayan dengan cara menambah kelayakan pelayan dalan seksyen ini. Masukkan butiran sambungan pangkalan data MySQL
Klik pada butang Uji
untuk memeriksa jika sambungan telah dibuat. Anda akan menerima mesej ralat berikut jika sambungan tidak dapat dibuat.
Anda boleh jalankan aplikasi anda dalam mod server dan membentuk sambungan induk-hamba dengan mana-mana mesin lain untuk melaksanakan fungsi carian. Untuk mencipta sambungan tersebut, masukkan Kata Laluan dan Port mesin hamba. Tetapan tersebut memerlukan hidupkan semula (restart) pada setiap HIDUPKAN
dan MATIKAN
Anda mungkin mahu untuk membuat alamat IP anda samar-samar disebabkan sekatan atau peraturan privasi sejagat. Untuk menerapkan tetapan tersebut, klik pada butang Pelayar untuk mengimport .csv senarai proksi. Senarai proksi tersebut mestilah dalam format berikut
10.0.0.1:3126 atau SOCKS;10.0.0.1:3126;pengguna;katalaluan
Klik kotak pilihan Tanda untuk Hidupkan
untuk mensamarkan IP
Untuk membukanya, di bahagian atas skrin, klik pada menu Fail>Papan Pemuka
Skrin papan pemuka membantu untuk memulakan carian jarak jauh yang selari pada beberapa mesin secara serentak. Anda boleh memantau kemajuan carian anda daripada satu mesin. Untuk menambah mesin baru, masukkan alamat IP, alamat Port, Kata Laluan, dan klik tambah
. Anda boleh memilih berbilang mesin untuk memadam atau memuat semula data secara serentak.
Untuk membukanya, pada bahagian atas skrin, klik pada menu ?>Perihal
Skrin Perihal memberikan maklumat tentang nama versi IQUALIF, nombor keluaran sistem, butiran sistem OS anda, dan spesifikasi IQUALIF (Kelajuan/Halaman per jam/Kontak per jam)
IQUALIF Canada 41 White v 1.098.99.151 Windows 8.1 (x86,32)(1/155/178)
Pergi ke panel Kawalan dan klik pada Nyahpasang Program atau Ciri
. Cari IQUALIF dan klik kanan pada ikonnya untuk menyahpasang aplikasi tersebut.
Jika anda lebih suka, anda boleh menonton video cara-caranya disini: https://www.youtube.com/watch?v=kopC_PiYSRs&t=6s
Video ini akan menunjukkan cara untuk menyahpasang perisian tersebut secara manual: https://www.youtube.com/watch?v=qaHDn_RdmRE
Melalui Pengurus Perisian
Pasang
dan cari aplikasi yang telah dipasangBuang
.Melalui Baris Arahan Untuk menyahpasang IQUALIF, taipkan arahan “apt-get” dalam baris arahan
sudo apt-get --purge remove IQUALIF
JIka anda menghadapi isu semasa memulakan aplikasi ini, ikuti langkah-langkah yang diberikan dan cuba untuk memulakan semula aplikasi tersebut.
Isu yang berkemungkinan:
.exe
IQUALIF yang telah dimuat turun selepas anda memuat turun perisian dari laman web. Pemasang akan terbuka dan skrin Selamat Datang akan muncul..pkg
yang anda telah muat turun ke dalam sistem operasi Mac anda dan klik pada Buka. Pemasang akan terbuka dan skrin Selamat Datang akan muncul.sekitaran
(environmet) dalam agihan anda):export JAVA_HOME=/usr/java/jre1.8.0_221-amd64/ export PATH=$PATH:/usr/java/jre1.8.0_221-amd64/bin
mkdir -p "$HOME/Application Data/IQUALIF Canada 41 White" && cd "$_"
cp "/path/to/IQUALIF Canada 41 White.zip" .
unzip "IQUALIF Canada 41 White.zip"
rm "IQUALIF Canada 41 White.zip"
Buka dengan
dan cari Java yang telah dipasangsentiasa gunakan aplikasi ini untuk buka fail .jar
Ok
Jika anda tidak menjumpai java dalam senarai program yang dipasang, ia mungkin disebabkan Java tidak dipasang dengan pemasang aplikasi anda. Cuba untuk memasangnya dengan cara
jre-8u31-windows-i586.exe
dan klik dua kali untuk memasangnyaPergi
pada bahagian atas skrin dan pilih Rumah
(Home) l.jar
untuk memulakan aplikasiRalat | Penerangan |
---|---|
Respons pelayan tidak sah, sila cuba lagi dan hubungi kami untuk butiran lanjut | Respons Pelayan Tidak Sah berlaku secara berkala pada permulaan program, pengaktifan versi percubaan/lesen, atau menyegar semula senarai kontak. Pembaikan yang boleh dilakukan untuk ralat ini adalah: Cuba pasang semula program tersebut, Periksa jika kemaskini perisian tersedia, Tunggu pelayan untuk menjadi tersedia semula |
Tiada data diterima, Respons pelayan tidak sah, sila cuba lagi atau hubungi kami untuk butiran lanjut | |
Respons kosong, Respons pelayan tidak sah, hubungi kami untuk butiran lanjut | |
Ralat Pelayan Dalaman, Respons pelayan tidak sah, sila menyegar semula senarai atau hubungi kami untuk butiran lanjut | |
Tiada data amaran, Respons pelayan tidak sah, sila menyegar semula senarai atau hubungi kami untuk butiran lanjut | |
Ralat, sila cuba lagi atau mula semula IQUALIF, hubungi kami untuk butiran lanjut | Ralat ini berlaku apabila aplikasi tidak dapat mula secara normal. Mula semula aplikasi untuk memeriksa jika isu telah diselesaikan |
Ralat pada pelancaran program, Sila mula semula IQUALIF agtau hubungi kami untuk butiran lanjut | Ralat ini berlaku apabila aplikasi tidak dapat mula secara normal. Mula semula aplikasi untuk memeriksa jika isu telah diselesaikan |
Ralat, tidak dapat menyimpan tetapan, sila hubungi kami untuk butiran lanjut. | Ralat ini berlaku apabila sistem tidak dapat menyimpan tetapan pengguna secara automatik. Mula semula aplikasi untuk memeriksa jika isu telah diselesaikan |
Lesen telah pun diaktifkan, sila hubungi kami untuk mengaktifkan semula atau mendapatkan lesen di www.iqualif.com | Ralat ini berlaku apabila anda cuba untuk mengaktifkan sekali lahi aplikasi yang telah pun diaktifkan |
Percubaan 3 hari telah tamat. Sila dapatkan lesen di www.iqualif.com atau hubungi kami untuk terus menggunakan IQUALIF | Ralat ini berlaku apabila anda cuba untuk menggunakan aplikasi tersebut selepas tempoh percubaan 3 hari telah tamat |
Lesen telah tamat tempoh, sila hubungi kami untuk pengaktifan semula atau dapatkan lesen di www.iqualif.com | Ralat ini berlaku apabila anda cuba untuk menggunakan aplikasi selepas lesen IQUALIF anda telah tamat tempoh |
Tidak dapat memuatkan modul bahasa, memuatkan bahasa lalai, sila mula semula IQUALIF atau hubungi kami untuk membaikinya | Ralat ini berlaku apabila suatu aplikasi gagal untuk memuatkan bahasa. Mula semula aplikasi untuk memeriksa jika isu tersebut telah diselesaikan |
Tidak dapat memuatkan tetapan, memuatkan tetapan lalai, sila mula semula IQUALIF atau hubungi kami untuk membaikinya | Ralat ini berlaku apabila suatu aplikasi gagal untuk memuatkan skrin tetapan. Mula semula aplikasi untuk memeriksa jika isu telah di selesaikan |
Tidak dapat memaparkan pelayar, maklumkan kepada kami di www.iqualif.com atau hubungi kami untuk butiran lanjut | Ralat ini berlaku apabila suatu aplikasi gagal untuk memuatkan pelayar dalam carian menggunakan Mod Pelayar |
E-mel tidak dihantar, sila periksa konfigurasi atau hubungi kami untuk butiran lanjut | Ralat ini berlaku apabila suatu aplikasi gagal untuk menghantar e-mel melalui skrin Hubungi Kami. Periksa konfigurasi e-mel dalam sistem anda dan cuba lagi |
Versi terhad kepada 50 kontak sahaja, aktifkan versi percubaan percuma, atau dapatkan lesen di www.iqualif.com untuk menggunakan versi penuh IQUALIF | Ralat ini berlaku apabila anda cuba untuk mencari kontak selepas versi percubaan anda tamat tempoh. Aplikasi tersebut membenarkan anda mendapatkan hasil carian 50 kontak sahaja. Beli perisian tersebut untuk membaiki masalah ini |
Import gagal, sila dapatkan bantuan atau hubungi kami untuk butiran lanjut. Format tidak disokong, sila hubungi pasukan sokongan di alamat e-mel contact@iqualif.com | Ralat ini berlaku apabila anda cuba untuk memuat naik fail dengan format yang tidak disokong oleh aplikasi tersebut. Format fail untuk carian dengan fail import ialah poskod;bandar;jalan . Format fail untuk menyamaran IP ialah 10.0.0.1:3126 atau SOCKS;10.0.0.1:3126;pengguna;katalaluan |
Untuk memadam rekod berdasarkan nilai spesifik dalam lembaran excel, buka lembaran kerja dan ikuti langkah-langkah linear seperti yang dinyatakan di bawah
Pilih baris pengepala (header) dan klik pada opsyen ‘Penapis’ dalam Tab Penapis dan Data. Anda boleh menggunakan kekunci pantas Ctrl+Shift+L untuk menerapkan atau membuang tapisan secara terus.
Kotak lungsur turun akan muncul sebagai ikon berbentuk segitiga bucu ke bawah pada bahagian atas kanan sel. Ini akan membolehkan anda menemui dan memilih rekod berdasarkan kriteria carian anda. Anda boleh melakukan pelbagai jenis operasi seperti format bersyarat, pemadaman, atau kiraan berformula pada data yang telah ditapis.
Klik ikon penapis pada lajur sasaran. Satu mesej pop up akan muncul. Pilih nilai yang relevan daripada senarai (dalam kes ini, ianya ‘ILLE ROUSSE’) dan Klik ‘Ok’. Untuk set data yang besar, anda disarankan untuk menyahtanda ‘Pilih Semua’ dan taipkan nilainya dalam kotak Carian untuk menghapuskan keperluan untuk carian manual daripada senarai.
Untuk menapis melalui kotak carian, taipkan teks dalam medan carian dan klik ‘OK’
Semua rekod yang berkaitan akan diekstrak daripada data, seperti yang ditunjukkan di bawah
Pilih baris dengan cara mengklik rekod pertama dan seretkannya menuju ke hujung lembaran. Rekod yang telah dipilih akan diserlahkan dalam warna kelabu seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik kanan pada pilihan dan klik Padam Baris daripada pop up. Kekunci alternatif untuk memadam baris ialah Ctrl- . Semua baris yang dipilih akan berjaya dipadam daripada data.
Selepas Pemadaman, gunakan Ctrl+shift+L untuk membuang tapisan.